Home » Research, Innovation and Commercialization

Bengkel Pemantapan Modul Latihan dan Penyediaan Proposal Penyelidikan

3 November 2010 No Comment

Tarikh : 7 – 9 Ogos 2009

Tempat : Hotel UiTM Dungun, Terengganu

Bertempat di Hotel UiTM Dungun, Terengganu, Pusat i-Learn melalui Bahagian RDC dan Pengurusan Latihan telah bersama-sama mengadakan satu bengkel bagi pemantapan modul latihan dan penyediaan proposal penyelidikan untuk Pusat i-Learn. Antara agenda dan objektif tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk penambahbaikan penulisan modul bagi latihan yang masih belum mempunyai modul serta menyemak modul-modul yang sedia ada. Selain itu, latihan bagi setiap modul perlu di seragamkan bagi memudahkan tujuan pengajaran dan pembelajaran. Bengkel ini juga turut membincangkan penetapan Petunjuk Pencapaian Tahap Prestasi (KPI) dalam menyediakan proposal penyelidikan bagi tujuan penambahbaikan melalui RDC.

Comments are closed.