Home » Content, Headline

MOOCs @UiTM

27 October 2015 No Comment

Massive Open Online Courses (MOOCs) merujuk kepada penawaran kursus dalam talian secara terbuka yang mengandungi bahan kursus dan aktiviti pembelajaran yang lengkap. Berdasarkan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengembang dan mempertingkatkan akses pendidikan tinggi negara dalam bentuk MOOCs ke peringkat global empat (4) mata pelajaran dalam bentuk MOOCs telah dilancarkan, iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Hubungan Etnik, Entreprenuership dan ICT Competency melalui platform OpenLearning yang boleh diakses melalui http://www.openlearning.com mulai semester 1 sesi akademik 2014/2015.

Selaras dengan hasrat Kementerian untuk menambah penawaran kursus dalam talian, Pusat i-Learn telah menyahut cabaran ini dengan membangunkan 15 kursus
tambahan di samping penambahbaikan yang dibuat kepada kursus Entreprenuership yang telah dilancarkan sebelum ini. Projek MOOCs ini melibatkan seramai 57 orang pensyarah dari pelbagai fakulti. Projek MOOC Malaysia telah bermula pada Mac 2015 dan akan tamat pada September 2015. Manakala Projek MOOC UiTM pula akan tamat pada November 2015.

Comments are closed.