Home » Content

PELAKSANAAN ‘MASSIVE OPEN ONLINE COURSE (MOOC)’ DI IPTA

17 September 2014 No Comment

Berdasarkan inisiatif Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai perkara di atas, semua IPTA yang menawarkan mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Hubungan Etnik, Entreprenuership dan ICT Competency perlu mengguna pakai dan mengakses 30% daripada kursus mata pelajaran tersebut melalui platform OpenLearning yang boleh diakses melalui www.openlearning.com mulai semester 1 sesi akademik 2014/2015.

Sebanyak 4 kursus umum Tahun 1 IPTA telah dibangunkan dalam bentuk MOOC oleh 4 IPTA seperti berikut:-

i) TITAS – UPM (https://www.openlearning.com/courses/tamadunislamtamadunasia)

ii) Hubungan Etnik – UKM (https://www.openlearning.com/courses/etnik)

iii) Entrepreneurship – UiTM (https://www.openlearning.com/courses/introductiontoentrepreneurship)

iv) ICT Competency – UNIMAS (https://www.openlearning.com/courses/ictcompetency)

Mohon kerjasama pihak YBhg Tan Sri/Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan untuk menghebahkan maklumat ini kepada semua pensyarah dan pelajar yang terlibat dengan kursus-kursus berkenaan di fakulti masing-masing.

Segala perhatian dan kerjasama YBhg Tan Sri/Dato’/Datin/Prof/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih

Comments are closed.