Home » Content

RAKAMAN VIDEO BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

30 December 2013 No Comment

Pusat i-learn kini mempunyai sebuah studio rakaman yang lengkap dengan pelbagai kemudahan bagi memenuhi keperluan para pensyarah di UiTM menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk video mahupun audio .Para pensyarah boleh mendapatkan bantuan rakaman video dan audio samada di dalam mahupun di luar studio rakaman ,makmal, dewan kuliah dan sebagainya .

Bantuan rakaman yang dipohon mestilah mempunyai kaitan dalam penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran sahaja.Tempoh rakaman video yang dijalankan boleh dilakukan dalam jangkamasa pendek ataupun panjang bergantung kepada keperluan pensyarah berkenaan .

Untuk keterangan lanjut sila hubungi juruteknik Pusat i-Learn : Pn.Yushita binti Yusop / En.Jefri Dahlan ditalian  03-5543 5782

Comments are closed.