Home » Featured, Research, Innovation and Commercialization, System

PENDAFTARAN KURSUS MOD BLENDED LEARNING (BL) BAGI SEMESTER SEPT – JAN 2018

25 November 2015 No Comment

Sebagaimana yang kita telah warwarkan, pendaftaran kursus 3 jam ke atas (tidak termasuk kursus yang telah digazetkan sebagai kursus mod BL oleh fakulti) boleh didaftarkan secara individual oleh setiap pensyarah sebagai kursus mod BL. Pendaftaran kursus dan grup oleh pensyarah sebagai mod BL memberi implikasi pengurangan sebahagian jam bersemuka dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian menggunakan iLearn. Pendaftaran ini dibuka secara rasmi bermula seminggu sebelum kuliah sehingga minggu ketiga kuliah bagi memastikan perjalanan kelas dan penentuan grup pelajar berada dalam keadaan stabil. Kami memohon jasa baik semua supaya mendaftarkan secara rasmi dalam tempoh pendaftaran yang sebenar (04.09.2017 – 08.10.2017). Untuk mendaftarkan kursus dan grup sebagai mod BL, sila klik di sini Blended Learning Registration for Semester Sept – Jan 2018.

“Pengajaran dan Pembelajaran sepanjang Hayat Yang Lebih Kreatif, Kontemporari dan Fleksibel!”

Peringatan: Hanya surat pengesahan yang dijana oleh sistem secara automatik bertarikh 04.09.2017  sehingga 08.10.2018 sahaja yang dianggap sah laku.

Comments are closed.