Home » Research, Innovation and Commercialization

Lawatan Akademik ke Universiti Tun Hussein Onn (UTHM)

3 November 2010 No Comment

Tarikh : 20 Oktober 2009

Pada 29 dan 30 Oktober 2009, bertempat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Pusat i-Learn telah mengadakan lawatan kerja sambil belajar ke Unit UciTV untuk berkongsi pengalaman di samping membina jaringan sistem yang lebih efisien dan efektif pada masa hadapan. Antara tujuan dan agenda lawatan ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan faktor kejayaan dalam konteks penyediaan khidmat e-learning yang melibatkan konsep Video on Demand di UTHM. Ia juga dapat memberi ruang kerjasama dan penambahbaikan perkhidmatan rangkaian e-learning di peringkat antara universiti. Selain itu, lawatan ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kedua belah pihak dan memberi pendedahan kepada Ketua Bahagian dan Felo Bersekutu Pusat i-Learn dalam perancangan, perlaksanaan dan peningkatan bahan kursus berbentuk video dalam sistem e-learning di UTHM.

Comments are closed.